Sorting by

×

Jalan Lereh – Tangga Batu akan diturap tahun depan

Masa Membaca:57 Saat

SERI NEGERI 14 Disember – Jalan beralun dan rosak di Jalan Lereh, Kampung Gelam hingga Tangga Batu akan diatasi dengan kerja-kerja penurapan semula jalan bermula tahun depan.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Pengurusan Banjir dan Infrastruktur negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, ia akan bermula sebaik sahaja kerja pengorekan paip Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) selesai dijangka pada Februari 2023.

Katanya, projek menyelenggara jalan itu diluluskan menerusi kontrak Performance Best Contract (PBC) oleh Kementerian Kerja Raya.

“Menerusi PBC ini, kontraktor terlibat akan menerima arahan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang mana mereka bukan sahaja perlu memastikan permukaan jalan (yang diturap) berada dalam keadaan baik, bahkan mereka perlu memastikan sekiranya terdapat lubang, kerja penampalan jalan perlu dilakukan oleh pihak kontraktor.

“Begitu juga dengan rumput yang panjang di sekeliling jalan yang di bawah tanggungjawab kontraktor. Sekiranya kontraktor didapati ingkar maka denda dan surat amaran boleh diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Tuminah Kadi (BN-Pantai Kundor) pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3622
Kongsi :
Previous post Pemeriksaan kesihatan, kanser perlu diperluaskan
Next post Naik taraf bulatan Lubok China pada tahun hadapan
Ubah saiz-+=