Jalan dalam pula sesak!

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

SIMPANG AMPAT 11 Julai – Dua jalan alternatif menghubungkan susur keluar Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Tol Simpang Ampat menghala ke Pedas-Linggi mengalami kesesakan sejak jam 5 petang tadi.

Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati aliran trafik di pintu masuk Plaza Tol Simpang Ampat lancar namun berlaku kesesakan di luar kawasan lebuh raya bermula di bulatan berhampiran tol berkenaan.

Kenderaan dilihat bergerak perlahan lebih kurang lima kilometer dari Pekan Brisu menghala ke Kampung Sungai Jerneh selepas mendapati rata-rata pengguna menggunakan laluan itu yang menghubungkan laluan ke Lubok China sebelum ke Pedas, Linggi.

Bagaimanapun jalan sama menghala ke arah Simpang Ampat, Alor Gajah lengang, tidak berlaku kesesakan.

Kesesakan itu berlaku berikutan pengguna jalan raya terpaksa menggunakan jalan alternatif bagi mengelakkan kesesakan yang berlaku di lebuh PLUS menghala ke utara.

TENANG…suasanua susur masuk ke Tol Simpang Ampat lancar bagaimanapun kesesakan berlaku di jalan susur keluar bermula di bulatan di persimpangan itu rentetan pengguna terpaksa menggunakan jalan alternatif berikutan kesesakan berlaku di Lebuhraya PLUS

Kesesakan yang berlaku di bulatan Tol Simpang Ampat turut mendapati trafik di jalan alternatif dilihat sesak menghala ke Cherana Puteh berikutan jalan itu juga mampu menghubungkan susur masuk ke Tol Pedas,Linggi.

Terdahulu menerusi kenyataan dikeluarkan di laman Twitter Plusline melaporkan Lebuh Plus dari Ayer Keroh ke Simpang Ampat mengalami kesesakan sepanjang lapan kilometer bermula jam 3.48 petang tadi.

Kesesakan itu dilihat semakin berpanjangan apabila PLUS melaporkan terdapat kemalangan membabitkan kebakaran treler di Kilometer 214 dari arah sama pada jam 4.29 petang tadi.

Setakat ini, perkembangan terbaru dari agensi itu melaporkan lorong kiri membabitkan kemalangan itu telah dibuka semula bagaimanapun trafik masih sesak dari Ayer Keroh ke arah Utara setakat jam 5.40 petang ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1501
Kongsi :
Previous post Karnival Jom Beli Rumah tawar 10,000 unit rumah mampu milik
Next post Trafik perlahan dari Jasin menghala ke Simpang Ampat
Ubah saiz-+=