Sorting by

×

JALAN BAHARU 3KM HUBUNGKAN TIGA KAMPUNG DI MASJID TANAH

Masa Membaca:57 Saat

AYER LIMAU 9 April – Sebuah jalan baharu dari Kampung Paya Lebar ke Kampung Lubok Redan dan Kampung Pulau, Masjid Tanah sejauh tiga kilometer (km) akan dibina tidak lama lagi.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, kos pembinaan jalan baharu tersebut bernilai RM49 juta daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Katanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka adalah agensi pelaksana bagi projek pembinaan jalan baharu terbabit.

“Tender projek pembinaan jalan baharu ini akan dibuka pada 30 Mei tahun ini.

“Jalan baharu itu akan dibina dua lorong di sepanjang tiga kilometer dan jalan terbabit akan ada dua persimpangan dari Kampung Paya Lebar ke dua kampung iaitu Kampung Lubok Redan dan Kampung Pulau.

“Pembinaan jalan baharu ini dapat memendekkan masa dan memudahkan urusan penduduk sekitar,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Hameed berkata, pihaknya kini sedang giat melaksanakan kerja-kerja pengambilan tanah.

“Jalan baharu ini nanti akan lengkap dengan pembinaan sistem pembetung dan perparitan di samping pengurusan trafik, garisan jalan dan pelbagai lagi.

“Tempoh jalan baharu ini dijangka akan siap dalam tempoh dua tahun,”katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1536
Kongsi :
Previous post #DUYONGKITA ‘BERAYA’ DALAM STADIUM
Next post AIDILFITRI: JPJ MELAKA TERIMA 183 ADUAN KESALAHAN JALAN RAYA