JAKIM kemas kini takwim 2022 Miladiah/1443-1444H
PUTRAJAYA, 14 Mei – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan edisi kemas kini Syawal 1443 Hijriah (H) bagi Takwim 2022 Miladiah/1443-1444H Bagi Malaysia yang boleh didapati di laman web https://www.e-solat.gov.my/.
Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim Zakaria Othman dalam kenyataan hari ini berkata takwim itu dikemas kini berikutan perubahan tarikh 1 Syawal 1443H yang telah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja jatuh pada 2 Mei 2022, berbanding 3 Mei 2022 pada takwim yang dikeluarkan sebelum ini.
Beliau berkata perubahan itu hanya melibatkan bulan Mei 2022/Syawal 1443H.
“Semoga takwim tersebut dapat membantu melancarkan lagi penyusunan aktiviti harian, ibadat dan urusan kehidupan umat Islam di negara ini,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.