
Jaga sensitiviti kaum
KOMEN perkauman oleh seorang pemimpin politik terhadap pemain badminton kebangsaan, S. Kisona baru-baru ini amat biadap.
Ketika kerajaan sedaya upaya berusaha terus memupuk penghayatan terhadap perpaduan negara, tindakannya mencemari usaha itu.
Perkara sudah berlaku dan Mat difahamkan si pelaku sudah pun menerima ‘natijah’ akibat tindakannya itu.
Bagi Mat sebagai peminat sukan, setinggi mana pun rasa kecewa dan marah atas kegagalan Kisona di saingan separuh akhir Piala Sudirman tempoh hari, kita perlu mengawal diri.
Tidak wajar muat naik kenyataan sedemikian di media sosial dan sebagainya yang boleh dibaca oleh sesiapa saja di seluruh pelosok dunia.
Menang atau kalah dalam pertandingan sukan tiada kaitan dengan keturunan seseorang pemain.
Kisona bukan calang-calang atlet. Dia memenangi dua pingat gangsa iaitu acara berpasukan campuran pada Kejohanan Badminton Junior Asia 2012 dan perseorangan wanita di Sukan Belia Asia 2013.
Mat harap apa yang berlaku tidak melemahkan semangat Kisona yang baru berusia 23 tahun dan ada masa yang panjang untuk lebih cemerlang.
Kepada rakyat Malaysia jadikan iktibar dalam usaha kita mempupuk perpaduan antara kaum.
Dak Mat: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...