Jaga kesihatan ketika kempen elak COVID-19 – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

JASIN 9 November – Pengundi dan petugas parti yang turun padang untuk berkempen sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, diingatkan supaya mengutamakan kesihatan diri, bagi mengelakkan penularan COVID-19.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, biarpun peningkatan COVID-19 semasa tidak ketara, namun semua pihak dinasihatkan agar sentiasa berjaga-jaga.

“Kita sedia maklum sekarang kes COVID-19 di seluruh negara menunjukkan peningkatan termasuk di Negeri Melaka, memang tidak mendadak tapi tetap naik.

“Saya mohon kepada semua petugas parti dan rakyat biarpun kali ini sudah tidak diwajibkan memakai pelitup muka di kawasan tertutup tetapi ambilah langkah berjaga-jaga.

“Tetapi kali ini kita nasihatkan agar memakai pelitup muka di tempat tertutup dan sentiasa membawa cecair pembasmi kuman, kalau badan rasa kurang sihat buat pemeriksaan, jika positif asingkan diri anda,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Bagi Program Rumah Sejahtera yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di Lipat Kajang, di sini, 8 November lalu.

Dr Muhamad Akmal berkata, kadar purata kes pada minggu epik sebelum ini adalah sebanyak 63 kes seminggu berbanding sebelumnya sebanyak 57 kes COVID-19.

“Saya percaya walaupun ada peningkatan tetapi setakat ini kadar kematian masih tidak teruk, kadar kematian seminggu hanya dua tiga kes tetapi bukan disebabkan COVID-19 ada juga faktor-faktor lain,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1850
Kongsi :
Previous post Masih boleh bayar secara tunai
Next post Program ‘pantai angkat’ pacu pelancongan Tanjung Bidara
Ubah saiz-+=