Sorting by

×

JABATAN PERUBATAN TRANSFUSI HOSPITAL MELAKA BERWAJAH BAHARU

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

PENGKALAN BATU 23 Mac – Bangunan Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Melaka kini siap dinaik taraf dengan kos berjumlah RM5.7 juta oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata, projek menaik taraf bangunan itu membabitkan skop reka dan bina, di mana peruntukan tersebut diluluskan di bawah Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Jelas beliau, projek naik taraf itu telah bermula pada 7 Julai 2022 dan disiapkan pada 13 Februari lalu sebelum diserahkan secara rasmi kepada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka pada 20 Mac.

“Projek ini dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama melibatkan Unit Pendermaan Darah, diikuti fasa kedua membabitkan Makmal Saringan Mikrobiologi, Makmal Immunohematologi dan Inventori.

“Manakala fasa ketiga pula melibatkan Unit Pemprosesan Darah dan Bilik Kuarantin Darah,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau menyaksikan simbolik penyerahan projek yang telah siap itu oleh Pengarah JKR Negeri Melaka Ir. Mohamad Salzeli Moktar kepada Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr. Ruzita Mustaffa.

Img 20250322 wa0054
JABATAN Perubatan Transfusi Hospital Melaka yang siap dinaik taraf.

Menurut Hee Sem, fasiliti yang telah dinaik taraf itu merupakan satu nilai tambah kepada perkhidmatan kesihatan di negeri Melaka.

“Diharapkan bangunan baharu ini mampu memberikan keselesaan kepada 1.03 juta rakyat negeri Melaka yang berurusan di Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

83
Kongsi :
Previous post KEHARMONIAN, KEBERSAMAAN TONGGAK KEJAYAAN UTEM
Next post MELAKA LAKSANA 2 INSIATIF SEJAHTERAKAN MASYARAKAT ORANG ASLI