Jabatan Peguam Negara siar warta kerajaan pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri sementara

Masa Membaca:44 Saat

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Jabatan Peguam Negara menyiarkan Warta Kerajaan Persekutuaan, Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2021 berhubung pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sehingga pelantikan Perdana Menteri baharu.

Warta itu memaklumkan fungsi Muhyiddin yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab mengenai semua jabatan Kerajaan Persekutuan dan perkara yang jabatan itu bertanggungjawab sehingga pelantikan menteri lain dalam Jemaah Menteri.

Perintah itu berkuat kuasa semalam.

Warta itu turut memaklumkan pembatalan Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 3) 2020 [P.U. (A) 201/2020].

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau ‘caretaker’ sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Pelantikan sebagai perdana menteri sementara itu diputuskan setelah Seri Paduka berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin sebagai perdana menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri yang berkuat kuasa semalam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1649
Kongsi :
Previous post Soal rakyat kekal di hati Muhyiddin
Next post Lebih 28 juta dos vaksin COVID-19 diberikan setakat Isnin – JKJAV
Ubah saiz-+=