
Jabatan kesihatan negeri pantau kes kencing tikus
AYER KEROH 18 Julai – Jabatan Kesihatan Negeri sentiasa memantau perkembangan membabitkan jangkitan kencing tikus atau Leptospirosis bagi mengawal penularannya.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhammad Akmal Saleh berkata, sebanyak 80 kes kencing tikus direkodkan bagi tempoh Januari hingga Julai.
“Jangkitan kencing tikus ini sangat berbahaya dan sebelum ini dilaporkan berlaku di pusat rekreasi di daerah Alor Gajah dan Jasin.
“Namun semua pusat rekreasi berkenaan sudah dibenarkan beroperasi semula. Jabatan Kesihatan negeri akan memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum lokasi berkenaan dibuka semula,” katanya kepada pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Zoonosis Peringkat Negeri Melaka.
Hadir sama Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Ruzita Mustaffa serta kenamaan lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.