
Jabatan Kecemasan HM akan ditutup kepada pesakit tidak kritikal
AYER KEROH 11 Julai – Laluan dan zon hijau Jabatan Kecemasan Hospital Melaka (HM) dijangka ditutup kepada pesakit tidak kritikal bagi mengurangkan beban hospital berkenaan.
Perkara itu antara langkah dan strategi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) untuk meningkatkan kesiapsiagaan hospital di negeri ini dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh.
Exco Kesihatan Datuk Rahmad Mariman berkata, sebagai alternatif, pesakit tidak kritikal boleh mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan (KK) Peringgit yang akan beroperasi 24 jam.
“Laluan dan zon hijau Jabatan Kecemasan Hospital Melaka dirancang ditutup secepat mungkin.
“Pesakit tidak kritikal di HM akan dirawat di KK Peringgit dengan anggaran 150 pesakit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebelum ini, Melaka Hari Ini (MHI) melaporkan berikutan keadaan fasiliti HM berada pada paras kritikal, sebuah Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia akan dibina di Hospital Jasin dalam masa terdekat.
Mengulas lanjut, Rahmad berkata, hospital medan berkenaan juga dijangka dapat memberikan rawatan kepada pesakit bukan COVID-19 sekali gus mengurangkan beban HM.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...