Isu tanah tapak parkir Terminal Pulau Sebang selesai
GADEK 7 Mei – Terminal Bas Pulau Sebang dijangka siap dalam tempoh dua bulan menjelang Ogos tahun ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek, VP Shanmugam berkata terdapat beberapa isu kecil melibatkan pengambilan tanah masih berlaku ketika dalam proses pembinaan.
Katanya, isu tersebut melibatkan tanah untuk pembinaan tapak parkir dalam terminal terbabit.
“Bagaimanapun isu pengambilan tanah itu telah diselesaikan dan pembinaan tapak parkir juga sedang dibina.
“Sudah melebih 87 peratus siap, tergendala sedikit disebabkan isu tanah untuk bina parkir dan terminal ini dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua bulan menjelang bulan Ogos ini.
“Ramai yang menantikan terminal ini untuk siap, kita akan buat lengkap dengan fasiliti dan yang paling penting selesa dengan kemudahan awam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek di Dataran Satelit Pulau Sebang di sini hari ini.
Hadir sama memeriahkan majlis tersebut Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan kenamaan lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ANAK ASAHAN ‘MASUK JAWI’ DAPAT SIJIL
ASAHAN 19 Januari - Seramai 108 anak-anak Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan diberikan sijil penyertaan masuk jawi pada Program Khatan...
PERCUBAAN SEBULAN ‘NO RIGHT TURN’ DI JALAN SYED ABDUL AZIZ
DUYONG 19 Januari - Tempoh percubaan penyuraian trafik bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di Jalan Syed Abdul Aziz dan Persimpangan...
‘NADI’ KUALA LINGGI SIAP FEBRUARI INI
KUALA LINGGI 19 Januari - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bakal menerima satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)...
RV LONJAK EKONOMI PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 19 Januari - Kerajaan Negeri giat berusaha melonjakkan ekonomi pelancongan negeri melalui tarikan baharu Recreational Vehicle (RV) yang kini...
MELAKA ANJUR JAMBOREE KARAVAN TERBESAR SEPTEMBER DEPAN
DUYONG 19 Januari - Lebih 1,000 peminat karavan dijangka akan berkampung di Melaka bagi memeriahkan program Jamboree Karavan, September depan....
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...