Sorting by

×

Isu sosial, ekonomi rakyat, topik penting Dewan Rakyat hari ini

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KUALA LUMPUR 29 Julai- Soal kebajikan, sosial ekonomi dan bantuan kewangan kepada rakyat yang terhimpit disebabkan pandemik COVID-19 antara topik utama dijangka dibangkitkan Ahli Parlimen untuk penambahbaikan, pada hari keempat Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membentangkan penerangan mengenai pakej-pakej bantuan ekonomi yang dilancarkan kerajaan sejak pandemik itu melanda negara.

Sehingga kini, dilaporkan kerajaan memperuntukkan suntikan fiskal berjumlah RM83 bilion untuk membiayai lapan pakej rangsangan ekonomi termasuk yang terbaharu Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Selain PEMULIH, pakej lain ialah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dan PEMERKASA Tambahan.

Selain itu, inisiatif lain ialah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Prihatin PKS Tambahan; Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Kita Prihatin).

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 berlangsung selama lima hari, bermula Isnin hingga 29 Julai dan 2 Ogos.

Pada sidang khas itu, kesemua 220 Ahli Parlimen termasuk yang belum divaksin dibenar hadir ke Dewan Rakyat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, termasuk perlu menjalani ujian saringan COVID-19 serta memakai pelitup muka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

361
Kongsi :
Previous post ‘Penyu’ terkulai di tangan MUFC
Next post Aksi Zii Jia, Aaron Chia-Wooi Yik jadi tumpuan hari ketujuh Olimpik Tokyo
Ubah saiz-+=