
Status pembukaan sekolah diketahui minggu depan
KUALA LUMPUR 10 Jan. – Perincian mengenai status pembukaan semula sekolah yang dijadualkan bermula 20 Januari ini akan diketahui minggu depan.
Memetik laporan Kosmo Online hari ini, Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin berkata, pihaknya perlu menunggu pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terlebih dahulu mengenai tindakan yang akan dilaksanakan kerajaan berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19.
Sehubungan itu, beliau enggan mengesahkan sama ada sesi persekolahan akan diteruskan mengikut jadual atau perlu ditangguhkan.
“Komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah untuk sekolah dibuka, tetapi masih perlu mengambil kira perkembangan semasa.
“Penjelasan lanjut secara terperinci akan saya buat sejurus pengumuman Perdana Menteri pada Isnin ini,” katanya selepas menyampaikan sumbangan keperluan sekolah kepada pelajar sekolah di Perumahan Awam Desa Rejang (PPR Desa Rejang), Kuala Lumpur hari ini.
Views:
Related


Berita Lain
PEKERJA KILANG RUGI LEBIH RM480,000 TERPERDAYA PELABURAN DALAM TALIAN
MUAR 29 Julai - Seorang pekerja kilang perabot kerugian RM488,740 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian. Ketua...
475 GRADUAN BAKAL DIRAI DALAM KONVOKESYEN POLITEKNIK MELAKA KE-22
BANDARAYA MELAKA 29 Julai - Seramai 475 graduan bakal diraikan pada Majlis Konvokesyen Politeknik Melaka ke-22 yang akan diadakan di...
TAMAN LAUT IKON PEMULIHARAAN BIODIVERSITI MARIN, DESTINASI PELANCONGAN LESTARI
AYER KEROH 29 Julai - Jabatan Perikanan Negeri Melaka menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh pengurusan dan kemudahan di Taman Laut...
ATLET MELAKA CEMERLANG DI KEJOHANAN MUAY THAI KEBANGSAAN 2025
AYER KEROH 29 Julai - Penyertaan pada Kejohanan Muaythai Sukan Tempur Kebangsaan Pra-Sukan Malaysia (SUKMA) dan Kejohanan Muay Thai Grand...
TAMAN KEBAYA BAKAL TERIMA GELANGGANG FUTSAL BAHARU
REMBIA 29 Julai - Penduduk Taman Kebaya, Paya Datok, di sini, bakal menerima kemudahan riadah baharu iaitu sebuah gelanggang futsal...
BERAS MELAKA FASA KEDUA DIJANGKA DIPASARKAN BERMULA OGOS
AYER KEROH 29 Julai - Sebanyak 20,000 kampit Beras Melaka dijangka akan berada di pasaran hasil daripada tuaian varieti benih...