Isu MoU ambil pekerja Indonesia: PM arah KSM, KDN selesai segera

Masa Membaca:56 Saat

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), menyelesaikan segera isu perjanjian persefahaman (MoU) dengan Indonesia berhubung proses pengambilan pekerja dari negara tersebut.

Ismail Sabri berkata perkara tersebut perlu diselesaikan segera, bagi mengelak timbulnya masalah antara Malaysia dengan Indonesia.

“Saya dah minta KSM, saya dah minta KDN selesaikan. Saya tak nak (isu) dipanjang-panjangkan. Jadi saya kata, selesaikan. Kerana jika tidak diselesaikan kita bimbang akan ada masalah kita dan Indonesia,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran ‘Home Ownership Programme’ (Program Pemilikan Kediaman) (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah di sini hari ini.

Ditanya adakah MoU akan dibatalkan, Ismail Sabri menjawab: “Tidak, tidak.”

Terdahulu, dilaporkan Indonesia mengenakan pembekuan sementara ke atas semua pekerja negara itu memasuki Malaysia sejak semalam, berikutan Jabatan Imigresen Malaysia terus menggunakan ‘System Maid Online’ (SMO) biarpun kedua-dua negara menerusi MoU, bersetuju menggunakan satu saluran iaitu ‘One Channel System’ (OCS).

Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono dilaporkan berkata MoU terbabit tidak dihormati, berikutan butiran dalam perjanjiannya tidak dipatuhi Malaysia.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1139
Kongsi :
Previous post Ambil dos penggalak perisai gelombang ketiga COVID-19
Next post Bersyukur keringat 39 tahun dihargai
Ubah saiz-+=