Isu kelas padat, kerusi meja tidak cukup akan diselesaikan segera – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

PAYA RUMPUT 12 Mac – Jabatan Pendidikan Negeri akan memantau isu kepadatan kelas yang berlaku di beberapa sekolah di Melaka.

Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri Datuk Rais Yasin berkata, tindakan susulan itu akan dilaksanakan segera dan pihaknya telah mengambil maklum berhubung isu tersebut.

“Saya ada terima beberapa aduan mengenai isu kepadatan murid atau pelajar.

“Kita akan ambil tindakan, namun saya juga berharap agar ibu bapa dapat memberi kerjasama dan saling faham sekiranya ada anak mereka tidak dapat diterima di sekolah kawasan tempat tinggal mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program ‘Kembali Ke Sekolah’ di KRT Taman Bertam Jaya hari ini.
Dalam pada itu, Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput berkata beliau turut menerima aduan mengenai kekurangan meja dan kerusi di beberapa sekolah di Melaka.

Katanya, antara sekolah yang menghadapi isu tersebut adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Rumput.

“Isu kekurangan kerusi dan meja di beberapa sekolah di negeri ini akan diselesaikan secepat yang mungkin sebelum sesi persekolahan 2023/2024 bermula pada minggu hadapan.

“Jadi pihak pengetua sudah maklum kepada saya dan kita akan bantu sedaya upaya bagaimana untuk selesaikan isu-isu yang hendak dikatakan terpencil tetapi ada berlaku di Melaka ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1560
Kongsi :
Previous post Pemilihan UMNO Melaka berjalan lancar, tertib
Next post Kompleks Perahu Layar dinaik taraf, beri tumpuan SUKMA
Ubah saiz-+=