Sorting by

×

Isu gaji: Sulaiman minta MUFC segera selesaikan

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

SERI NEGERI 7 April – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali meminta pengurusan Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) segera menyelesaikan isu gaji pemain yang tertunggak sehingga tiga bulan.

Sulaiman berkata, isu gaji tertunggak itu kini di bawah tanggungjawab kelab sepenuhnya selepas ia diswastakan dan bukan lagi menjadi tanggungjawab negeri atau Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA).

Justeru, beliau telah berhubung dengan Ketua Pegawai Eksekutif MUFC Datuk Seri Justin Lim agar pembayaran segera dilakukan memandangkan kelab berkenaan membawa nama Melaka.

“Sebagai Presiden MUSA, saya telah berjumpa dengan Datuk Seri Justin dan maklumkan pembayaran gaji itu perlu dibuat dari masa ke masa.

“Saya tahu masalah gaji mungkin berlaku kerana ada gaji pemain terlalu tinggi, tetapi MUFC perlu bayar secara keseluruhan, tak bolehlah pilih-pilih pemain.

“Jika tidak ia boleh melemahkan semangat pemain dan mereka akan demotivated. Kalau nak suruh meraka bermain di atas padang, mereka akan sekadar main sahaja dan tidak bersemangat,” katanya.

Beliau bekata demikian dalam sidang media post EXCO, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai punca berlaku tunggakan gaji pemain MUFC, Sulaiman berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai punca itu, sebaliknya ia hanya diketahui pihak pengurusan kelab berkenaan sahaja.

“Punca kena tanya MUFC sendiri, saya memang tidak tahu apa punca sehingga terjadi lagi isu sama.

“Cuma yang saya tahu, masalah gaji ini bukan sahaja berlaku di Melaka, tetapi mana-mana kelab di Malaysia juga mempunyai masalah yang sama,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1022
Kongsi :
Previous post Pasir Mas, Tumpat ‘lokasi panas’ seludup mercun di Kelantan – Polis
Next post ‘Bang Chik’ lone ranger tumpas
Ubah saiz-+=