
Isu gaji Melaka United selesai – PFAM
MELAKA 14 Jan – Isu gaji yang membelenggu Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) selesai selepas semua tunggakan dibayar seperti yang dijanjikan.
Perkara itu dimaklumkan Persatuan Pemain-pemain Profesional Malaysia (PFAM) dalam satu kenyataan, hari ini.
PFAM berkata, tunggakan gaji gaji pemain skuad Hang Tuah telah selesai dan mengucapkan terima kasih kepada pengurusan MUFC.
“PFAM ingin mengucapkan syabas buat para pemain yang berani tampil untuk membuat laporan.
“Ucapan terima kasih juga ke atas pengurusan MUFC yang diterajui oleh pemiliknya, Datuk Wira Justin Lim Hwa Tat dan KenTeam yang segera menyelesaikan isu ini.
“PFAM percaya di bawah pengendalian Datuk Wira Justin selepas ini, perkara ini akan sentiasa diberikan perhatian bagi memastikan isu ini tidak akan berulang di masa akan datang,” kata kenyataan itu.
Mengulas lanjut, PFAM turut menggesa isu itu dijadikan contoh buat semua pasukan agar segera peka dan menyelesaikan masalah berkaitan tunggakan gaji dalam kadar segera.
“Ia memandangkan para pemain sudah pun menjalankan tanggungjawab mereka terhadap pasukan,” kata kenyataan itu lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...