Isu cip MyKad dan MyKid selesai Disember ini
ASAHAN 5 Ogos – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi jaminan isu berkaitan cip pada kad pengenalan (MyKad) dan kad pengenalan kanak-kanak (MyKid) selesai menjelang hujung tahun ini.
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Zamri Misman berkata isu terbabit sedang dalam proses penyelesaian.
Bagaimanapun, jelas Zamri beliau turun memberi saranan kepada orang ramai yang masih mempunyai permasalahan pada cip MyKad ataupun MyKid untuk hadir ke mana-mana pejabat JPN berhampiran.
“Isu berkaitan cip ini sedang dalam proses penyelesaian dan kita beri jaminan iau ini akan selesai menjelang Disember ini.
“Kebanyakan isu cip ini melibatkan MyKid, namun sekiranya mereka pemegang MyKad turut mempunyai masalah sama boleh tampil dan hadir ke mana-mana JPN berhampiran, kita akan bantu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program MEKAR bersama komuniti Orang Asli, Kampung Gapam Baru di Dewan Komuniti Orang Asli di sini hari ini.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan, Pengarah JPN Melaka, Norazlee Sulaiman dan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Melaka dan Negeri Sembilan, Shahrani Idderis.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MAIM TAMBAH BAIK MUTU PERKHIDMATAN
AYER KEROH 20 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menambah baik proses permohonan bantuan apabila akan mempercepatkan kelulusan...
‘ANAK ASYIK TERSENYUM DAPAT BAJU SEKOLAH BAHARU’
REMBIA 20 Januari - "Sepanjang pagi ini anak asyik tersenyum apabila diberitahu dia akan memakai baju baharu apabila sesi persekolahan...
MPJ TERUS DEKATI KOMUNITI JASIN
JASIN 20 Januari - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menggalakkan gaya hidup sihat komuniti dalam kawasan pentadbirannya dengan menganjurkan Program Mesra...
92 ANAK-ANAK REMBIA TERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN
REMBIA 20 Januari - Riak wajah ceria jelas kelihatan di wajah 92 murid dari sembilan buah sekolah rendah kawasan Dewan...
HIASAN TAHUN BAHARU CINA GAMIT KUNJUNGAN ORANG RAMAI
AYER KEROH 19 Januari - Lebih 350 tanglung pelbagai bentuk dan warna menghiasi perkarangan Balai Raya Taman Bukit Melaka, di...
‘BERANI BERKHATAN SEBAB NAK JADI BOMBA’
ASAHAN 20 Januari - Bercita-cita menjadi anggota bomba membuatkan seorang kanak-kanak Muhammad Syahmi Ikmal Mohd Nazri,8, berani untuk berkhatan pada...