
Istiadat angkat sumpah Ketua Menteri Sabah esok
KOTA KINABALU1 28 Sept. – Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Negeri Sabah memetik sumber Istana Negeri memaklumkan, Majlis Istiadat Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah yang baharu akan berlangsung esok di Istana Negeri Sabah, di sini pada pukul 10.30 pagi, menurut laporan portal Astro Awani sebentar tadi.
Pada 26 September lepas (Sabtu), beberapa pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan rombongan termasuk Datuk Seri Bung Moktar Radin; Datuk Seri Hajiji Noor; Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Jahid Jahim tiba di Istana Negeri untuk menghadap Yang
di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini menyaksikan GRS memenangi 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan berbanding Warisan Plus yang terdiri daripada Warisan (29 kerusi), PKR (2 kerusi) dan UPKO (1 kerusi) berjaya menawan 32 kerusi.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
SISTEM KEMASUKAN KE MRSM, SBP AKAN DISELARAS MULAI JANUARI TAHUN DEPAN – TPM AHMAD ZAHID
LENGGONG 20 April - Sistem kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan diselaraskan mulai...
136 INDIVIDU TERKANDAS AKIBAT JAMBATAN RUNTUH DI SUNGKAI
IPOH 20 April - Sebanyak 136 individu termasuk 81 pelajar sebuah politeknik terkandas susulan jambatan ke Kampung Tisong runtuh mengakibatkan...
JENAZAH PAK LAH DIBAWA KE MASJID NEGARA PAGI ESOK
KUALA LUMPUR, 14 April - Orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad...
TUN ABDULLAH MENINGGAL DUNIA
KUALA LUMPUR, 14 April - Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada...