Sorting by

×

Isteri Wan Junaidi meninggal dunia

Masa Membaca:34 Saat

KUCHING, 27 Mei – Datin Seri Feona Sim @ Norjanah, 70, isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di sini pada pukul 6 petang tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Wan Junaidi malam ini, jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke kediaman Wan Junaidi di sini malam ini dan solat jenazah akan diadakan pada pukul 9 pagi esok sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang.

Allahyarhamah mendirikan rumah tangga dengan Wan Junaidi pada 9 Sept 1972 dan dikurniakan tiga anak perempuan.

Bernama difahamkan Allahyarhamah meninggal dunia akibat mengalami pendarahan dalaman. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1363
Kongsi :
Previous post Malaysia, Thailand tetapkan resolusi jaga keselamatan sempadan
Next post Harga minyak susut sedikit
Ubah saiz-+=