
Isteri KM terima kunjung hormat PEKERTI NS
AYER KEROH 8 Mac – Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Utama Munira M. Yusop menerima Kunjung Hormat Persatuan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional serta Isteri Bekas Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Dan Isteri Bekas Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Barisan Nasional (PEKERTI NS), semalam.
Ketibaan delegasi kira-kira jam 3.45 petang di kediaman Ketua Menteri di Seri Bendahara itu disambut Munira bersama Pengerusi Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI), Rosefouziah Salleh serta ahli-ali BISTARI.
Kunjungan itu diketuai Yang Dipertua PEKERTI NS, Datuk Raja Salbiah Tengku Nujumudin bersama ahli-ahli yang lain.
Tujuan kunjungan hormat ini adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua persatuan.
Munira dan Raja Salbiah sempat meluangkan masa kira-kira satu jam beraman mesra, berkongsi idea dan pendapat masing-masing.
Hadir sama Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Negeri Melaka, Datin Wira Siti Rohaya Kamaludin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.