
Istana Negara jadi tumpuan media
KUALA LUMPUR 13 Okt. – Istana Negara menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa pagi ini yang menantikan ketibaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki Istana Negara.
Seawal 8 pagi, pengamal media telah berkumpul di sekitar Pintu 2 Istana Negara dan di kaki lima Jalan Dungun di sini bagi menunggu ketibaan Ahli Parlimen Port Dickson itu yang dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Petugas media yang masing-masing memakai pelitup muka dinasihati anggota polis bertugas agar menjaga penjarakan fizikal bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara.
Petugas media yang berkumpul di luar Istana Negara mendapat kejutan istimewa apabila Setiausaha Sulit Kanan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim mendekati mereka dan memberikan sarapan pagi.
Pada Khamis lepas, Anwar dalam satu kenyataan berkata Al-Sultan Abdullah telah memperkenan beliau menghadap Seri Paduka hari ini bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang menyokongnya.
Pada 23 Sept, Anwar dalam satu sidang media mendakwa beliau mendapat sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ daripada kalangan Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu.- BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...