
Ismail Sabri ucap Selamat Menyambut Pesta Kaamatan
KUALA LUMPUR, 30 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada ahli Keluarga Malaysia yang meraikannya hari ini.
Menerusi hantaran di Facebooknya, Ismail Sabri berkata keharmonian Malaysia dengan kepelbagaian kaum dan budaya menyambut perayaan kaum etnik dalam sebuah negara yang sejahtera.
“Semoga perayaan kali ini melahirkan kesyukuran, keberkatan dan kejayaan kepada semua.
“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan,” menurut hantaran itu.
Pesta Kaamatan yang juga dikenali sebagai Pesta Menuai disambut masyarakat Kadazandusun di Sabah hari ini dan esok sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PEGAWAI KESELAMATAN RUGI LEBIH RM300,000 DITIPU PHONE SCAM
CHUKAI 10 Mac - Seorang pegawai keselamatan sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM303,750 selepas diperdaya sindiket ‘phone scam’....
PEMANDU MAUT TERSEPIT DALAM KEMALANGAN BABIT DUA LORI
IPOH 10 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki maut apabila lori dipandunya melanggar belakang sebuah lagi lori dalam kemalangan di Kilometer...
DOKTOR BERKELAKUAN TIDAK SENONOH DITAHAN SEMULA SUSULAN LAPORAN POLIS KETIGA
GEORGE TOWN 10 Mac - Seorang doktor perubatan sebuah hospital di sini yang ditahan kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap...
ADDRIENA BATRISYA DILANTIK YDP MPP KAYM
AYER KEROH 10 Mac - Nur Addriena Batrisya Zita@Zukalman, pelajar semester 2 Diploma Teknologi Elektronik Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM)...
UBAH SUAI BOT LAMA JADI PRODUK PELANCONGAN BAHARU
BANDARAYA MELAKA 10 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) bercadang mewujudkan produk baharu dengan membaik pulih serta...
CHARITY OUTLET MELAKA MALL SEDIA BAJU PERCUMA
AYER KEROH 10 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) meneruskan inisiatif menyediakan pakaian terpakai percuma di pusat derma...