Ismail Sabri mula bertugas di Perdana Putra hari ini
PUTRAJAYA 22 Ogos – Walaupun belum melapor diri secara rasmi, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baharu sahaja mengangkat sumpah jawatan semalam, telah memulakan tugas di pejabatnya di Perdana Putra hari ini.
Diiringi oleh beberapa pembantu dan pegawainya dari Jabatan Perdana Menteri (JPM), mereka berkumpul dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di blok utama Perdana Putra, yang menempatkan pejabat Perdana Menteri, untuk perancangan harian dan masa depan serta mempersiapkan ucapan sulungnya kepada rakyat Malaysia.
Ismail Sabri dijadual menyampaikan ucapan secara langsung menerusi platform media pada 5.30 petang ini.
Beliau tiba di Perdana Putra hampir jam 11 pagi tadi, sebelum keluar selepas 3 petang dan turut melambai dari kenderaannya kepada anggota media yang berkumpul di luar bangunan itu, ketika meninggalkan pejabat.
Ismail Sabri, 61, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Kesembilan Malaysia, semalam.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Ismail Sabri dijadual melapor diri secara rasmi di Bangunan Perdana Putra pada Selasa (24 Ogos).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
RV LONJAK EKONOMI PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 19 Januari - Kerajaan Negeri giat berusaha melonjakkan ekonomi pelancongan negeri melalui tarikan baharu Recreational Vehicle (RV) yang kini...
MELAKA ANJUR JAMBOREE KARAVAN TERBESAR SEPTEMBER DEPAN
DUYONG 19 Januari - Lebih 1,000 peminat karavan dijangka akan berkampung di Melaka bagi memeriahkan program Jamboree Karavan, September depan....
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...
W.R.U.R: MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU, INTERNET PERCUMA UNTUK RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Telok Gong, di sini, bagi menambah baik jaringan...