
Ismail Sabri beri semangat kepada calon BN Bahagian Tangga Batu
KLEBANG 14 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini, meluangkan masa mengunjungi Bilik Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, di sini.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO tiba kira-kira jam 9.30 pagi tadi disambut pemimpin dan jentera parti Barisan Nasional (BN) Bahagian Tangga Batu.
Difahamkan kehadirannya adalah untuk memberikan kata-kata semangat kepada calon-calon BN yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov ini.

Selain itu, beliau turut meluangkan masa beramah-mesra dengan jentera parti bahagian itu.
Yang turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap veteran UMNO Tan Sri Annuar Musa; Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Noraini Ahmad; Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad; calon-calon BN yang bertanding dan lain-lain kenamaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
UBAH SUAI BOT LAMA JADI PRODUK PELANCONGAN BAHARU
BANDARAYA MELAKA 10 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) bercadang mewujudkan produk baharu dengan membaik pulih serta...
CHARITY OUTLET MELAKA MALL SEDIA BAJU PERCUMA
AYER KEROH 10 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) meneruskan inisiatif menyediakan pakaian terpakai percuma di pusat derma...
ANGGOTA POLIS MAUT MOTOSIKAL BERTEMBUNG DENGAN LORI
SEREMBAN 10 Mac - Seorang anggota polis lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori di di KM...
PELANCONG CHINA MAUT KETIKA MENYELAM DI SEMPORNA
SEMPORNA 10 Mac - Seorang pelancong lelaki warga China berusia 34 tahun, maut akibat lemas ketika melakukan aktiviti menyelam di...
PENSYARAH UTEM BANTU TINGKAT EKONOMI WANITA JADI USAHAWAN F&B
DURIAN TUNGGAL 10 Mac - Sekumpulan pensyarah dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melaksanakan projek khas meningkatkan tahap ekonomi...
KEMBARA SAHUR MAIM IMARAH RAMADAN
AYER KEROH 10 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memperkasa program dakwah dan kebajikan sepanjang Ramadan dengan pelbagai...