
IPD Alor Gajah edar bubur, eratkan hubungan
ALOR GAJAH 21 April – Sebanyak 200 bungkus bubur lambuk dan bubur pulut hitam diagihkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah secara pandu lalu kepada pengguna jalan raya.
Ketua Polis Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, bubur-bubur itu dimasak secara gotong royong oleh warga IPD Alor Gajah bersama Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) sebelum diagihkan kepada orang ramai.
“Pengagihan bubur diadakan pada jam 3 petang, selain diberikan kepada orang ramai ia turut diagihkan kepada warga IPD Alor Gajah serta ke balai polis dibawah kawasan pentadbiran Alor Gajah.
“Mewakili penganjur program dan seluruh jawatankuasa yang terbabit saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan acara memasak bubur serta mereka yang turut menyumbang wang ringgit,” katanya.
Katanya, melalui aktiviti sebegini ia secara langsung dapat mengeratkan lagi hubungan warga IPD Alor Gajah serta ahli PERKEP bersama orang ramai.
“Dengan agihan ini ia sedikit sebanyak dapat berkongsi rezeki bersama-sama selain kami berbesar hati dapat menyediakan juadah berbuka ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
