INTAI PELUANG PELABURAN DI PERANCIS, SEPANYOL

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 1 Oktober – Sebagai negeri mesra pelabur, Kerajaan Melaka sentiasa mengintai peluang-peluang baharu bagi menarik lebih banyak pelaburan yang bakal memberikan manfaat kepada rakyat pada masa akan datang, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri berkata, selesai komitmen sambutan World Tourism Day (WTD) 2024 di Tbilisi, Georgia, delegasi Kerajaan Negeri Melaka meneruskan lawatan kerja ke Paris, Perancis.

Ab Rauf berkata, di Paris, beliau bersama delegasi Kerajaan Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama Timbalan Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Perancis, Sepanyol, Portugal dan Monaco, Nor Azila Wirda Mohd Din serta Pegawai Pelaburan MIDA Perancis, Farid Benattou.

“Dalam pertemuan ini, saya menzahirkan komitmen Kerajaan Negeri Melaka kepada pihak MIDA untuk mengetahui lebih lanjut peluang-peluang pelaburan berpotensi di Perancis dan Sepanyol yang boleh dikembangkan di Melaka.

“Mengambil kira kedudukan strategik negeri Melaka di antara Kuala Lumpur dan Singapura, selain pelbagai projek pembangunan bersepadu seperti Straits of Melaka Waterfront Economic Zone (SMWEZ) dan Kawasan Industri Utama di MCORP Hi-Tech, pentadbiran saya mengalu-alukan pembabitan pelabur berpotensi untuk bersama memacu pembangunan di Melaka,” kata Ketua Menteri menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Perjumpaan itu turut disertai Ketua Menteri Melaka Ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Dato’ Azhar Arshad.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

87
Kongsi :
Previous post JUMLAH MANGSA DI KEDAH BERTAMBAH, PERAK DILANDA BANJIR SEMULA
Next post MALAM BERDARAH
Ubah saiz-+=