Sorting by

×

Institusi TVET alternatif pelajar kurang cemerlang SPM

Masa Membaca:49 Saat

AYER KEROH 27 Mei – Calon kurang cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disaran untuk mengikuti kursus berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) beroperasi di negeri ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, sesuai dengan perkembangan sektor perindustrian semasa dan akan datang, Melaka memerlukan ramai tenaga mahir lepasan TVET.

“Nasihat saya kepada mereka yang tidak berapa cemerlang dalam peperiksaan SPM ini, jangan kecewa atau berputus asa kerana banyak peluang untuk membina kerjaya menerusi kursus TVET yang disediakan termasuk hasil inisiatif Kerajaan Negeri.

“Peluang untuk anda di Negeri Melaka amat banyak. Sekarang ini Kerajaan Negeri dalam perancangan untuk mewujudkan ‘German Industrial Park’ yang pastinya memerlukan ramai tenaga kerja mahir pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2023 Negeri Melaka yang di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Pendidikan Negeri Melaka, Mohd Ghazali Ahmad.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

222
Kongsi :
Previous post 10,458 calon SPM layak dapat sijil, GPN naik 4.59 mata
Next post Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Koperal Mohd Hasif dibenar keluar hospital
Ubah saiz-+=