
Inspektor, sarjan direman bantu siasatan terima suapan RM5,000
ALOR SETAR 30 Okt. – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor dan seorang anggota polis berpangkat sarjan masing-masing direman empat dan dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes menerima suapan sebanyak RM5,000 pada awal bulan ini.
Perintah reman terhadap lelaki berumur 32 dan 51 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Setar Muhammad Zul Hilmi Latif selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut sumber SPRM, kedua-dua polis itu disyaki bersubahat dengan seorang lelaki untuk menerima suapan daripada seorang lelaki lain berjumlah RM5,000 bagi menutup kes dan tidak ditahan atas kesalahan jenayah pecah rumah.
Sarjan berkenaan ditahan di depan sebuah restoran di Kulim pada 3.30 petang semalam manakala inspektor terbabit ditahan di pejabatnya di Kulim pada 5.25 petang semalam dan lelaki itu pula ditahan di Juru pada 5.25 petang Rabu lepas sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM.
Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan kes itu dan berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...