Sorting by

×

INISIATIF TANPA TUNAI MPJ DIIKTIRAF

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

JASIN 7 November – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) muncul tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbaik di negara ini bagi pembayaran tanpa tunai pada Best PBT Award, baru-baru ini.

Anugerah itu disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Wira M Noor Azman Taib pada Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2024 yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), 26 dan 27 Oktober lalu.

Yang Dipertua MPJ, Mohd Shaiful Hizam Johan berkata, kejayaan itu diraih hasil inisiatif MPJ yang telah melaksanakan sistem tanpa tunai sejak 1 Julai 2023 dan menjadi PBT pertama melaksanakan 100 peratus pembayaran tanpa tunai bermula 1 Januari 2024.

“Kriteria melayakkan MPJ mendapat tempat ketiga ialah penggunaan medium pembayaran selain tunai yang meluas seperti e-PBT, e-MPJ, MelakaPay, JomPAY, QR pay, pindahan terus dan lain-lain.

“Bermula Julai 2023 MPJ melaksanakan bayaran tanpa tunai pada setiap hari Rabu, kemudian bermula 1 Oktober 2023 pembayaran tanpa tunai dilaksanakan pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis.

“Seterusnya bermula 1 Jan 2024 MPJ melaksanakan 100 peratus bayaran tanpa tunai sekali gus menjadi PBT pertama yang melaksanakan kaedah itu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata MPJ juga akan menambah baik sistem itu dengan menempatkan beberapa kios sebagai medium pembayaran di kaunter MPJ bermula April 2025.

“Keberkesanan penggunaan tanpa tunai memudahkan urusan operasi kewangan, tidak perlu mggunakan khidmat Cash In Transit (CIT) bagi penghantaran tunai ke bank.

“Jadi ia lebih memudahkan pelanggan melakukan pembayaran dengan pantas dan selamat tanpa perlu hadir ke MPJ,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

142
Kongsi :
Previous post MELAKA SERIUS PERKASA MASYARAKAT DESA
Next post BEG BERISI WANG TUNAI RM1 JUTA HILANG SELEPAS PROSES KUTIPAN
Ubah saiz-+=