Sorting by

×

INISIATIF PARAKOM BUKTI KERAJAAN CAKNA ASPEK KESEJAHTERAAN, KESIHATAN RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SERI NEGERI 25 April – Komitmen Kerajaan Negeri terhadap kesejahteraan dan kesihatan rakyat terbukti menerusi pelaksanaan inisiatif Paramedik Komuniti (PARAKOM).

Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam berkata inisiatif ini bukan sahaja menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat, tetapi memberi kesan positif kepada sektor pelancongan di Melaka.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri atas penubuhan PARAKOM. Inisiatif ini membuktikan keprihatinan dan komitmen Kerajaan Negeri terhadap kesihatan rakyat dan pelancong yang melawat Melaka.

“Diharapkan inisiatif ini terus disambut baik terutamanya oleh generasi muda yang berminat dalam aktiviti kesukarelawan.

“Saya turut menyarankan agar pasukan PARAKOM ini dapat dilengkapi dengan latihan, peralatan dan sokongan yang berterusan untuk menjalankan tanggungjawab mereka secara berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas di Dewan Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz.

Turut bersama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan agensi kerajaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

291
Kongsi :
Previous post WRUR BUKA RUANG PEMIMPIN SANTUNI RAKYAT
Next post PERKASA KEBOLEHPASARAN GRADUAN TVET MELAKA