Sorting by

×

INISIATIF DIGITAL TINGKATKAN TAHAP KETERHUBUNGAN RAKYAT MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

SERI NEGERI 25 April – Pelaksanaan inisiatif digital berimpak tinggi di negeri ini tidak hanya meningkatkan kecekapan pentadbiran, malah mempercepatkan transformasi digital dalam sektor awam dan perkhidmatan.

Menurut Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, antara inisiatif paling signifikan ialah pelancaran Kampung Digital yang diperkenalkan bagi mengatasi isu ketiadaan alamat rumah yang jelas dan tersusun di negeri ini.

“Saya difahamkan Kampung Digital merupakan inisiatif teknologi digital perintis, yang pertama di Malaysia. Sehubungan itu saya berharap melalui inisiatif ini, pengurusan penghantaran dan lain-lain perkhidmatan berkaitan alamat rumah dapat diatasi serrta diuruskan dengan lebih teratur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas di Dewan Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz.

Turut bersama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan agensi kerajaan.

Dalam pada itu Tun Dr. Mohd Ali juga menekankan keperluan untuk memastikan semua projek pembangunan di Melaka mempunyai infrastruktur telekomunikasi yang lengkap.

“Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri Melaka atas pelaksanaan inisiatif-inisiatif digital yang berimpak tinggi ini.

“Langkah strategik ini bukan sahaja mempercepatkan transformasi digital dalam sektor awam dan perkhidmatan, malah memperkukuhkan keterhubungan rakyat, mempertingkatkan kecekapan pentadbiran selain menggalakkan penggunaan teknologi dalam pelbagai aspek kehidupan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

233
Kongsi :
Previous post MELAKA MARTABAT SUKAN RAKYAT DAM AJI DAN KONDA KONDI
Next post PEMBINAAN LOJI WTE PERLU DISEGERAKAN