Sorting by

×

INISIATIF DIGITAL: MAKLUMAT HAIWAN TERNAKAN GUNA KOD QR

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

SERI NEGERI 27 Disember – Pendigitalan haiwan ternakan melalui kod QR mampu mengelakkan kemalangan tidak diingini, sekali gus menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata insiatif itu dilaksanakan ekoran aduan yang acap kali diterima berkenaan haiwan ternakan berkeliaran khususnya di kawasan kampung.

“Maka, Kerajaan Negeri akan mendigitalkan haiwan ternakan melalui kod QR bertujuan mengelakkan kemalangan tidak diingini terhadap rakyat di negeri ini.

“Dengan cara ini, kita dapat mengenal pasti pemilik-pemilik haiwan ternakan yang sepatutnya bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Ucapan Bajet 2025 Negeri Melaka sempena Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Seri Negeri di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata Kerajaan negeri juga menyediakan peruntukan sebanyak RM3.9 juta untuk melaksanakan program dan projek di bawah Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar dan Jabatan Perikanan.

“Antara projek itu adalah pembangunan industri lebah madu atau kelulut, tanaman buah-buahan dan tanaman fertigasi memberi manfaat kepada 369 petani.

“Kedua program pelepasan benih ikan dan udang melebihi 432,000 ekor kepada 112 nelayan sungai.

“Ketiga program Bantuan Baka Ternakan, Projek Penyelenggaraan Rezab Padang Ragut dan Pembelian Makanan Ternakan di Sungai Rambai Agrotourism Park yang memberi manfaat kepada 50 penternak.

“Sementara itu keempat pembinaan baharu balai nelayan di Sempang, Jasin dan bangsal pukat di Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah kepada 115 nelayan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

118
Kongsi :
Previous post DISKAUN UNTUK PINJAMAN TAPEM
Next post BAJET MELAKA 2025 TERUS PERKASA GOLONGAN TUMPUAN
Ubah saiz-+=