Infrastruktur SRA JAIM di Rim dinilai semula – Khaidhirah

Masa Membaca:57 Saat

RIM 4 Disember -Infrastruktur Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan ditambah baik bagi memastikan murid-murid dapat menimba ilmu dalam keadaan kondusif.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, penambahbaikan itu melibatkan SRA Jaim Kelubi dan SRA Jaim Terentang.

“Sekolah rendah agama merupakan antara institusi pendidikan penting yang ada bagi menurunkan ilmu agama Islam kepada anak-anak berumur 7 hingga 12 tahun.

“Kebanyakan sekolah rendah agama didirikan oleh Kerajaan Negeri dan ditadbir urus di bawah Agensi Agama Islam Negeri.

“Jadi saya turun memantau SRA Jaim Kelubi dan SRA Jaim Terentang selepas dimaklumkan beberapa perkara yang mampu memberi kesan kepada keselamatan dan keselesaan anak-anak murid ini,” katanya.

Katanya, sudah menjadi tanggungjawab untuk memastikan anak-anak di DUN itu dapat menimba ilmu dalam keadaan yang lebih baik.

“Saya turut memanggil wakil daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk menilai kembali infrastruktur yang ada di sekolah rendah agama ini.

“Insya-Allah beberapa pendekatan jangka masa pendek dan panjang akan diambil demi keselesaan semua,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2096
Kongsi :
Previous post 1,429 graduan PMM terima diploma
Next post Kebolehpasaran graduan PMM cecah 99.3 peratus
Ubah saiz-+=