
Infineon Technologies bekal 25 peratus produk semi konduktor dunia
PENGKALAN BATU 5 Julai – Infineon Technologies (Malaysia) Sdn Bhd kekal diiktiraf sebagai syarikat pelabur terbesar di negeri ini dalam pembuatan semi konduktor.
EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, syarikat berpangkalan di Jerman itu memasarkan 25 peratus produknya ke pasaran dunia.
“Kemudahan Infineon Technologies di Melaka adalah yang terbesar di Malaysia dan dilengkapi dengan pusat penyelidikan dan pembangunannya (R&D) sendiri.
“Sebelum ini Melaka telah diiktiraf sebagai negeri di tangga kelima menerima pelaburan tertinggi di Malaysia dan usaha Infineon Technologies adalah salah satu penyumbang terbesar kepada pencapaian ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Menara Infineon yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di Batu Berendam di sini hari ini.
Bangunan itu bakal menempatkan pejabat pentadbiran, sumber manusia, perkhidmatan kewangan dan dijadikan pusat R&D Infineon Technologies.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...