
Industri perkilangan disaran sertai inisiatif Jualan Rahmah
ALOR GAJAH, 20 Mac – Kerajaan menggalakkan lebih banyak industri perkilangan menyertai inisiatif Jualan Rahmah bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh, berkata, ketika ini kerajaan menerima banyak pertanyaan daripada pemain industri perkilangan untuk menyertai inisiatif berkenaan.
“Pengilang perlu menyelesaikan masalah struktur harga berkenaan,” katanya pemberita pada Program Jualan Rahmah Kasih Sayang bersama Julie’s, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Fuziah berkata tiada keperluan untuk menubuhkan kembali Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi memandangkan kerajaan sudah mempunyai pasukan pelaksana sendiri.
Katanya, pasukan pelaksana tersebut akan meneliti keputusan dibuat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat akibat ketidaktentuan ekonomi. — BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SIJIL ‘MC’ HILANG KEJADIAN TAHUN LEPAS
AYER KEROH 2 April - Rakaman video tular mendakwa berlaku kehilangan sijil cuti sakit di sebuah klinik kesihatan di Sungai...
AL-QURAN JADI PENDAMPING MUALAF
BANDARAYA MELAKA - Perjalanan menjadi seorang mualaf pasti penuh dengan cabaran, namun itu tidak menghalang mereka menghabiskan bacaan 30 juzuk...
PENGGIAT SENI BUDAYA MELAKA TIDAK DILUPAKAN
AYER KEROH 2 April - Institut Warisan Melaka (INSWA) menerusi Kelab Kebajikan dan Sosial telah menyantuni seramai 16 bekas penggiat...
KAMPUNG DIGITAL ‘PANGKALAN DATA’ SEJAHTERAKAN RAKYAT MELAKA
DUYONG 2 April - Inisiatif Kampung Digital yang dicetuskan Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...