Indonesia terima 1.2 juta dos vaksin COVID-19
JAKARTA 7 Dis – Indonesia menerima sebanyak 1.2 juta dos vaksin COVID-19 dari China yang diterbangkan menggunakan pesawat Garuda dari Beijing, malam tadi.
Biro Pers, Media dan Informasi, Sekretariat Presiden dalam satu kenyataan berkata vaksin yang telah diuji sepenuhnya untuk digunakan itu, tiba di Jakarta pada 9.25 malam tadi.
Presiden Indonesia Joko Widodo dalam YouTube rasmi Sekretariat Presiden berkata Indonesia akan menerima tambahan sebanyak 1.8 juta dos lagi vaksin itu pada awal Januari 2021.
“Alhamdulillah vaksin sudah tersedia, artinya kita bisa segera mencegah meluasnya wabak COVID-19,” kata Presiden Joko Widodo.
Media tempatan sebelum ini melaporkan Indonesia menerusi Lembaga Biologi Molekuler Eijkman (LBM), badan di bawah Kementerian Riset dan Teknologi Indonesia bekerjasama dengan syarikat biofarmaseutikal dari China, iaitu Sinovac Biotech bagi melakukan penyelidikan vaksin COVID-19.
Mengikut data yang disiarkan laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia, setakat semalam, republik itu mencatatkan sebanyak 575,796 kes positif COVID-19 dengan jumlah kematian akibat virus itu kini 17,740 orang.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
LARUT MALAM DI MUZIUM MELAKA SANGAT BERMAKNA
BANDA HILIR 5 Januari - Sudah namanya negeri bersejarah, tentu sekali pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melawat ke muzium-muzium sempena...
MENARA TAMING SARI LEBIH ‘MENDUNIA’ 2025
BANDA HILIR 5 Januari - Produk pelancongan, Menara Taming Sari terus mendapat sambutan hangat pengunjung pada program Melaka Bila Larut...
1,142 NIKMATI ‘CRUISE LARUT MALAM’ RM10
BANDARAYA MELAKA 5 Januari - Melaka River Cruise merekodkan kehadiran 1,142 pengunjung bersempena program Melaka Bila Larut Malam edisi pertama...
ZOO MELAKA BUKA TIRAI 2025 DENGAN SAMBUTAN HEBAT
AYER KEROH 5 Januari - Zoo Melaka kekal menjadi antara destinasi pilihan pada program Melaka Bila Larut Malam edisi pertama...
NAHAS KM 204: RIM TAYAR LORI ‘HILANG’ DITEMUI DI TANGKAK
ALOR GAJAH 5 November - Komponen rim dipercayai milik lori yang tayarnya tercabut dan menjadi punca nahas di Kilometer 204...
PRODUK PELANCONGAN PPSPM JADI PILIHAN LARUT MALAM
BANDARAYA MELAKA 4 Jun - Dataran Pengkalan Rama dipenuhi pengunjung dari dalam dan luar Melaka bersempena Melaka Bila Larut Malam...