
Individu tidak tercalon terus sokong perjuangan parti – Ab Rauf
ALOR GAJAH 31 Oktober – Mana-mana individu yang tidak terpilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke- 15 (PRU15) diharap dapat terus mengekalkan perjuangan parti.
Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata individu yang tidak terpilih turut diharapkan dapat memberi sokongan kepada calon yang bakal diumumkan.
“Bagi yang terpilih kita minta kerja sungguh-sungguh (manakala) yang tak terpilih menyokong calon yang bakal diumumkan malam esok.
“Ini bukan hak peribadi, inilah hak parti yang selama ini kita mesti faham bahawa perjuangan kita berlandaskan kepada kekuatan parti bukan kekuatan diri sendiri,” katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka.
Beliau berkata demikian pada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Barisan Nasional (BN) negeri di sebuah hotel di sini malam ini.

Dalam mesyuarat khas tersebut, kira-kira 50 pucuk pimpinan parti negeri komponen BN Melaka yang hadir.
Dalam pada itu, Ab Rauf turut memaklumkan mesyuarat khas tersebut bertujuan memberi taklimat untuk mengaktifkan semula jentera-jentera parti yang telah bersiap siaga setelah sekian lama.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI PRIHATIN NASIB ASNAF, INSTITUSI AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 6 Mac - Kebajikan asnaf dan institusi masjid serta surau dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara...
JAIM PANTAU ‘PORT’ KAKI PONTENG PUASA
AYER KEROH 6 Mac - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melakukan pemantauan di beberapa premis makanan yang dipercayai menjual makanan...
LEBIH RM145,000 SINARI RAMADAN DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 5 Mac - Sejumlah lebih RM145,000 disalurkan Kerajaan Negeri bagi menyampaikan sumbangan Ramadan di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
PROMOSI KEUNIKAN MELAKA DI BERLIN
AYER KEROH 5 Mac - Penyertaan Melaka dalam Internationale Tourismus-Börse (ITB) Berlin 2025 iaitu pameran berkaitan pelancongan dan perdagangan terbesar...
HOLIDAY INN MELAKA SANTUNI 30 ANAK YATIM BERBUKA PUASA
BANDARAYA MELAKA 5 Mac - Seramai 30 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (RAYSAS), Pantai...
ANAK LAMBAT BERCAKAP, ADAKAH ITU AUTISME?
Oleh: DR. ADAM AL ANAS BIN MAT ALI Pakar Kanak-kanak Putra Specialist Hospital, Melaka DALAM dunia keibubapaan, perkembangan bahasa anak...