Sorting by

×

Individu terbabit rakaman audio diminta buat laporan polis – KPN

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

KOTA LAKSAMANA 9 April. – Individu yang terbabit dalam rakaman suara yang tersebar diminta tampil membuat laporan polis sekiranya mendakwa dirinya difitnah, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu rakaman audio yang didakwa mirip suara Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersebar di media sosial.

Abdul Hamid berkata, setakat ini pihaknya hanya menerima tujuh laporan daripada pelbagai pihak berhubung rakaman itu, namun sehingga pagi tadi, tiada sebarang laporan polis dibuat oleh dua pemimpin politik itu atau wakil mereka.

“Setakat ini tujuh laporan telah diterima dan kita lihat daripada tempoh, reaksi orang ramai terhadap audio tersebut. Sekiranya ia sampai ke tahap orang ramai sudah rasa bimbang dan gusar, kita akan jalankan siasatan.

“Bagaimanapun jika betul individu berkenaan mendakwa dirinya difitnah, demi kebaikan, tampillah buat laporan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Bersepadu Op Khazanah (OBK) Siri 7, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim dan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir.

Mengulas lanjut, beliau berkata tindakan lanjut akan dilakukan selepas menerima laporan daripada kedua-dua individu berkenaan atau salah seorang daripadanya yang mendakwa dirinya mereka difitnah.

“Itu tindakan susulan (analisa audio akan dijalankan) apabila laporan dibuat yang mengatakan salah seorang yang dikatakan mirip suaranya dalam audio berkenaan bahawa itu adalah fitnah, kita akan buka kertas siasatan.

“Selepas itu barulah proses bukti-bukti dan sebagainya akan dijalankan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

414
Kongsi :
Previous post Tindakan tegas jika berlaku salah guna kuasa, pemalsuan borang rentas negeri
Next post Nicky belum bolos-KPN
Ubah saiz-+=