
COVID-19: Melaka rekodkan dua kes
AYER KEROH 6 Nov. – Dua kes positif baharu berikutan penularan COVID-19 direkodkan di negeri ini, hari ini.
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka menerusi kenyataannya berkata, dua individu terbabit direkodkan positif adalah dari dua daerah iaitu Alor Gajah dan Melaka Tengah.
Menurutnya, satu kes membabitkan individu berusia 42 tahun di Daerah Alor Gajah telah dilaporkan di Mukim Durian Tunggal yang merupakan jangkitan tempatan berdasarkan daripada saringan kesihatan bergejala.
Manakala, satu kes di Melaka Tengah juga direkodkan di Mukim Batu Berendam telah dilaporkan merupakan kes jangkitan import (B) berdasarkan daripada kes saringan kemasukan kerja.
Dalam pada itu, 12 kes positif masih dirawat di Hospital Melaka, bagaimanapun tiada kes sembuh dan kematian dicatat di negeri ini, hari ini.
Kes yang berlaku hari ini, sekali gus mencatat satu penambahan kawasan Zon Kuning di Durian Tunggal menjadikan enam zon kuning direkodkan hari ini berbanding semalam.
Enam kawasan terbabit termasuk Ayer Molek, Chohong, Tanjung Minyak, Batu Berendam dan Durian Tunggal.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MOHON BANTUAN KESAN LELAKI HILANG SEJAK 5 APRIL
KUALA LUMPUR 7 April - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 44 tahun yang dilaporkan hilang...
WANITA WARGA EMAS RENTUNG, 16 RUMAH SETINGGAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI BINTULU
BINTULU 7 April - Seorang wanita warga emas maut dalam kebakaran yang memusnahkan 16 rumah setinggan di tepi Sungai Plan,...
LELAKI DITAHAN, BANTU SIASATAN KES PUKUL JIRAN WARGA EMAS
AYER KEROH 7 April - Polis menahan seorang lelaki selepas didakwa bertindak memukul seorang warga emas yang juga jirannya dalam...
MBMB ANTARA 20 BANDAR PALING BAHAGIA 2025
BANDA HILIR 7 April - Sebanyak 200 belon diagihkan kepada orang ramai di perkarangan Jam Besar Banda Hilir sebagai simbolik...
PEMANDU LORI MAUT DIHEMPAP LORI TANAH 10 TAN DI ANTARA GAPI
KUALA LUMPUR 7 April - Seorang pemandu lori maut selepas dihempap lori 10 tan dalam kejadian di sebuah kawasan pembinaan...
346 KEMALANGAN DIREKODKAN SEPANJANG OP SELAMAT 24
AYER KEROH 7 April - Tiga kemalangan maut direkodkan sepanjang tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 24 sempena Hari Raya...