Sorting by

×

Import pemain Indonesia hadapi saingan STL Premier tahun depan

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

TELOK MAS 26 Feb – Melaka akan membawa masuk pemain dari Indonesia sebagai persiapan skuad negeri menyertai Kejohanan Sepak Takraw (STL) Premier, Januari tahun depan.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Melaka (PASTAM), Datuk Akramuddin Aziz berkata, beliau bersama barisan ahli jawatankuasa persatuan sudah membincangkan perkara itu malah Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali juga bersetuju untuk menjadikan Melaka sebagai antara lokasi penganjuran kejohanan itu.

Katanya, pihaknya turut merancang untuk menganjurkan pelbagai pertandingan sepak takraw bagi memastikan pemain yang benar-benar berpotensi dan berbakat dikenal pasti untuk mewakili kejohanan itu.

“Saya juga telah berbincang dengan barisan jawatankuasa, kita akan mengambil pemain dari Indonesia untuk mewakili Melaka pada tahun hadapan.

“Ia bagi memastikan kesinambungan permainan serta mutu permainan kita setanding dengan negeri-negeri yang bertanding dalam STL Premier,”katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) pada perasmian Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Negeri Melaka Piala Sulaiman 2022 di sini, hari ini.

PRESIDEN Persatuan Sepak Takraw Melaka, Datuk Akramudin Aziz ditemui pada Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Melaka Merebut Piala Sulaiman 2022 di Dewan Kompleks Komuniti Desa (KKD) Kemas Melaka Tengah, Telok Mas. Foto Iqmal Haqim Rosman

Kejohanan yang berlangsung dua hari bermula hari ini membabitkan 24 pasukan itu dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Dalam pada itu, Akramuddin berkata, pihaknya turut menghantar pasukan bagi menyertai Sepak Takraw Champion Cup 2022 yang diadakan di Johor Bahru 20 hingga 26 Mac ini.

“Ini bermakna enam negeri daripada STL Preier dan dua negeri daripada Divisyen 1 STL akan beradu tenaga dalam pertandingan yang diadakan di bawah naungan Astro dan STL.

“Kita hendak melihat dahulu keputusan STL Divisyen Premier pada minggu ini, andai kata ada negeri tidak dapat meneruskan (untuk menyertai), kita ambil pemain Melaka Titans untuk mewakili Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1190
Kongsi :
Previous post Kejohanan dan klinik sepak takraw cungkil bakat pelapis
Next post PRN Johor: Saingan enam penjuru di DUN Larkin
Ubah saiz-+=