
Imigresen tahan 49 warga asing dalam operasi di kondominium
KUALA LUMPUR, 4 Jun – Jabatan Imigresen menahan 49 warga asing atas pelbagai kesalahan termasuk tidak mempunyai dokumen perjalanan dan dokumen perjalanan disyaki palsu dalam operasi di sebuah kondominium di Ampang, di sini tengah malam tadi.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Syamsul Badrin Mohshin berkata dalam operasi yang berlangsung kira-kira dua jam itu, seramai 205 warga asing dari Afghanistan, Libya dan India berumur antara enam bulan dan 68 tahun telah diperiksa.
“Operasi malam ini melibatkan seramai 31 orang pegawai Imigresen dan seramai 95 lelaki, 79 wanita dan 31 kanak-kanak diperiksa melibatkan 197 warga Afghanistan, enam warga Libya dan dua warga India,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.
Beliau berkata kebanyakan warga Afghanistan yang diperiksa merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang berlindung di negara ini susulan konflik di negara mereka.
Menurutnya, kesemua tahanan akan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 61C Akta Imigresen 1963.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SUNGAI RAMBAI HIDANG MAKANAN LAUT
SUNGAI RAMBAI 15 April - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai dijadualkan berlangsung di Homestay Pak...
KAK SOM OPTIMIS TUNAI MANIFESTO
PENGKALAN BATU 15 April - Pembinaan Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) antara janji manifesto Pilihan Raya...
SELISIH FAHAM ANGKARA PARKIR, WARGA EMAS PATAH TULANG BELAKANG
ALOR GAJAH 15 April - Warga emas patah tulang belakang selepas ditolak seorang lelaki akibat perselisihan faham dalam kejadian di...
TYT HADIR MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI BOMBA MELAKA
BUKIT KATIL 14 April – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir memeriahkan Majlis Jalinan...
JENAZAH PAK LAH DIBAWA KE MASJID NEGARA PAGI ESOK
KUALA LUMPUR, 14 April - Orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad...
MELAKA BERDUKACITA PEMERGIAN TUN ABDULLAH – KM
AYER KEROH 14 April - Melaka turut menzahirkan rasa dukacita di atas pemergian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri...