
Imigresen kesan lelaki warga India untuk perbicaraan
KUALA LUMPUR, 19 Jan – Jabatan Imigresen (JIM) memohon orang ramai membantu mengesan seorang lelaki warganegara India bagi perbicaraan di Mahkamah Sesyen Khas Pendatang Tanpa Izin Semenyih, Selangor.
Menurut kenyataan JIM, lelaki itu, Thadathilputhanpurayil Shiju, 39, yang memiliki pasport bernombor J5806253 dikehendaki bagi perbicaraan kes di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas atau permit.
“Alamat terakhir lelaki itu ialah No.17 Jalan ST 1C/5, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Arif Azanor Tompang@Abd Razak di talian 03-88801338 pada waktu pejabat,” menurut kenyataan itu.
Orang ramai juga boleh menghubungi Bilik Gerakan di talian 03-88801555 bagi menyalurkan maklumat. -BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...