Sorting by

×

Imbau sejarah kemerdekaan Tanah Melayu

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

SERI NEGERI 6 Februari – Perarakan rombongan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir antara acara khas diatur bagi memeriahkan Majlis Memperingati Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Melaka.

Pada tanggal 20 Februari 1956 rombongan Tunku Abdul Rahman yang baru pulang dari London, United Kingdom (UK) menaiki kereta Nash Rambler Custom Airflyte bernombor pendaftaran M4442 untuk ke Banda Hilir, bagi mengumumkan tarikh kemerdekaan negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, majlis dijadualkan pada 20 Februari ini dijangka dihadiri ribuan pengunjung.

“20 Februari ini merupakan tarikh istimewa dan cuti umum kepada seluruh rakyat Negeri Melaka yang mana kita akan meraikan Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

“Perarakan akan bermula jam 4 petang dengan perarakan kereta rombongan Tunku Abdul Rahman, seterusnya, pembacaan Watikah Kemerdekaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, disusuli bacaan Yasin dan tahlil.

“Pada jam 6.00 petang pula, bertempat di Perkarangan Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka, acara diteruskan dengan Malam Aneka Warna menampilkan Persembahan Teater Muzikal bertajuk ‘Di Atas Runtuhan Kota Melaka Kita Dirikan Negara Baru,” kata Ketua Menteri pada Sidang Media TMM2024 dan Hari Pengisytiharan Hari Kemerdekaan, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman bersama timbalan beliau Datuk Zaidi Attan dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1018
Kongsi :
Previous post TMM2024: Cabutan bertuah setiap bulan
Next post Peniaga kecil, pengusaha inap desa, chalet dipelawa jayakan Program Cabutan Bertuah
Ubah saiz-+=