Sorting by

×

Ilmu kendali bot penting dalam misi banjir

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

KLEBANG 19 September – Kepentingan mempelajari tatacara mengendali bot dan kaedah membawa mangsa ketika dilanda musibah penting bagi mana-mana ahli badan bukan kerajaan (NGO) ketika menyertai misi menyelamat.

Pengerusi Pasukan Sukarelawan Bencana Melaka (PSBM), Ashwad Abd Rahim, 30, berkata banyak ilmu kendalian bot yang ditimbanya ketika menyertai Kursus Pengendalian Bot Penyelamat di Klebang, semalam.

Katanya, dia menyertai kursus terbabit untuk menimba ilmu berkaitan bot dan kaedah menyelamat mangsa memandangkan dia dan pasukan sering menjadi antara kumpulan yang akan ke lapangan sekiranya berlaku sesuatu bencana.

“Program ini sangat bermanfaat kepada ahli PSBM, saya sendiri yang menyertai kursus ini dapat belajar pelbagai cara dan kaedah dalam menyelamat mangsa dengan segera.

“Antara yang diajar dalam kursus singkat ini seperti kaedah menurunkan bot, membawa bot dan mengendalikan bot serta mangsa ketika dilanda musibah tanpa kita tercedera.

“Dan lebih menarik, kaedah ini akan diguna pakai dalam misi membantu dan menyelamat mangsa-mangsa banjir sekiranya bah besar melanda negara,” katanya ketika ditemui dalam program tersebut, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ashwad turut memaklumkan, pihak PSBM sudah bersedia sepenuhnya menghadapi bencana banjir yang dijangka melanda negara pertengahan November ini.

IMG-20220918-WA0035
ASHWAD

Katanya, pihak PSBM akan menghantar bantuan kemana sahaja kawasan bagi misi menyelamat khususnya kawasan paling terjejas teruk.

“Seramai 77 ahli PSBM sudah bersiap siaga awal selepas dimaklumkan menjelang bulan 11 ini berkemungkinan akan berlaku banjir besar.

“Dan kali ini kita akan bekerjasama dengan NGO lain dalam misi menyelamat bagi memastikan peristiwa di Baling dan Batu Muda Shah Alam tidak berulang lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1386
Kongsi :
Previous post Banjir: Pintu air sedia dibuka bila-bila masa
Next post Pemandu treler maut tercampak keluar
Ubah saiz-+=