Sorting by

×

ILMU DIGITAL AMAT PENTING MASA KINI

Masa Membaca:2 Minit, 58 Saat

AYER KEROH 26 Oktober – Segenap lapisan masyarakat perlu menambah kemahiran ilmu digital untuk menjadi lebih berdaya saing dalam era teknologi masa kini.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, rakyat Melaka khasnya diseru untuk menambah ilmu tersebut menerusi kursus-kursus yang dianjurkan jabatan dan agensi Kerajaan Negeri.

Whatsapp Image 2024 10 26 At 17.20.14
TENAGA pengajar dan peserta bergambar bersama pada Digital Masterclass 3.0 anjuran Melaka Hari Ini Sdn Bhd di MITC, Ayer Keroh. Foto Iqmal Haqim Rosman

Mengambil contoh Kursus Digital Masterclass yang dianjurkan Melaka Hari Ini Sdn Bhd, beliau berkata, ia merupakan antara platform yang wajar dimanfaatkan semua pihak kerana kursus berkenaan memberi pendedahan terhadap empat bidang iaitu fotografi, reka grafik, videografi dan kemahiran berkomunikasi.

“Zaman sekarang kita semua perlukan kemahiran baharu. Jika dahulu, sesuatu hantaran di media sosial cukup hanya dengan mengambil gambar, tetapi kini trend itu sudah berubah apabila munculnya platform seperti TikTok yang menjadi perhatian ramai.

“Jadi, cabang perniagaan baharu daripada Melaka Hari Ini Sdn Bhd menerusi kursus dan kelas seperti ini amat baik, kerana ia merupakan antara usaha pemindahan pengetahuan (transfer knowledge) kepada masyarakat.

6116327995997274696
ANTARA gelagat peserta yang menyertai Digital Masterclass 3.0 di MITC Ayer Keroh. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Kelas-kelas seperti ini juga menujukkan bahawa Kerajaan Negeri serius dalam membantu rakyat memperkasa ilmu digital yang sedang berkembang pesat,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Melaka Hari Ini Sdn Bhd.

Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan seramai 50 peserta Digital Masterclass 3.0 anjuran Melaka Hari Ini Sdn Bhd di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Penyelaras Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (HAWA) Melaka Datuk Haryaty Hamdzah; Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak Datin Seri Rahayu Tajuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Hari Ini Sdn Bhd Nasharuddin Muhammad.

6116327995997274676
FAIRUL Nizam menyampaikan sijil Digital Masterclass kepada Rahayu dan wakil peserta membabitkan wanita UMNO Bahagian Pasir Salak, Perak. Foto Iqmal Haqim Rosman

Kelas tersebut disertai wakil dari wanita UMNO Bahagian Kota Melaka dan Bahagian Pasir Salak, selain beberapa wakil agensi dan jabatan Kerajaan Negeri.

Sementara itu, Haryaty dalam ucapannya menyifatkan Digital Masterclass sebagai medan untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti HAWA memperkasakan pasukan media agar segala bantuan dan insiatif sampai kepada komuniti.

“Harapan saya agar ilmu digital yang dipelajari peserta ini dapat memberi manfaat dan kepentingan kepada komuniti dan ilmu itu juga perlu dikongsi bersama dalam kita memperkasa golongan wanita, khususnya di Melaka,” ujarnya.

Rahayu pula mengucapkan terima kasih kepada Melaka Hari Ini Sdn Bhd kerana berkongsi ilmu bermanfaat kepada wanita dari Pasir Salak, Perak dalam program pemukiman yang diadakan di Melaka.

“Bagi kami, program pemukiman ini amat bermakna kerana selain menikmati tarikan yang ada di Melaka, kami semua memperoleh ilmu bermakna dalam usaha memperhebatkan golongan wanita,” katanya.

Whatsapp Image 2024 10 26 At 11.04.10
KELAS asas fotografi dikendalikan jurufoto berpengalaman, Iqmal Haqim Rosman.

Terdahulu, Digital Masterclass berlangsung dalam empat sesi, di mana sesi pertama merupakan kelas asas fotografi yang dikendalikan jurufoto berpengalaman Iqmal Haqim Rosman dan diikuti sesi kedua iaitu kelas reka grafik yang dikendalikan Muhammad Akmal Noorli.

6116327995997274705
KELAS reka grafik yang dikendalikan Muhammad Akmal Noorli. Foto Iqmal Haqim Rosman

Seterusnya adalah sesi komunikasi berkesan di hadapan kamera oleh wartawan penyiaran yang juga personaliti Melaka Hari Ini Faris Haikal Zakaria dan diakhiri dengan kelas pembikinan video yang dikendalikan Muhammad Amirul Ramli.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

211
Kongsi :
Previous post 26 PASUKAN REBUT KEJUARAAN MENARA TAMING SARI ‘URBAN HUNT’
Next post 3,000 BANJIRI KARNIVAL SEJAHTERAKAN BANDARAYAKU DUN AYER MOLEK
Ubah saiz-+=