
Ikrar PN perkasa perkhidmatan awam melalui pendigitalan
SHAH ALAM 14 Nov – Agenda memperkasa perkhidmatan awam negeri menerusi pendigitalan antara keutamaan Perikatan Nasional (PN) buat rakyat negeri ini.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia adalah tunjang penting untuk menjayakan setiap strategi dalam pendekatan yang dirancang.
“Keteguhan dan kejujuran dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka adalah tunjang penting untuk menjayakan setiap strategi dan pendekatan yang dirancang.
“Agenda untuk memperkasa perkhidmatan awam negeri dipergiat melalui pendigitalan dan penglibatan secara terus dengan rakyat.
“Pemerkasaan ini juga turut melibatkan tadbir urus yang cekap dan berintegriti bagi agensi serta syarikat milik kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Majlis Pelancaran Ikrar Perikatan Nasional Untuk Melaka secara langsung di sini, hari ini.
Ujarnya aspek itu penting bagi mewujudkan sebuah pentadbiran kerajaan negeri yang berpaksikan kecekapan, ketelusan dan kebertanggungjawaban yang menjadi asas sebuah pentadbiran kerajaan yang baik atau ‘good governance’.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU DIARAH JALANI PEMERIKSAAN MENTAL
ALOR SETAR 9 Mac - Mahkamah Majistret di sini hari ini mengarahkan seorang lelaki yang dituduh membunuh ibunya baru-baru ini,...
PERHILITAN N.SEMBILAN SIASAT DAKWAAN DUA TAPIR BERKELIARAN DI TAMAN PERUMAHAN
SEREMBAN 9 Mac - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sedang memantau dan menyiasat dakwaan kemunculan...
DULU DIANGGAP ‘GILA’, KINI WANITA CONTOH
DUYONG 9 Mac - Siapa sangka atau menduga insan yang dahulunya fakir, dianggap 'gila' kerana sering ‘melepak’ di kaki lima...
DAK NOR KINI WANITA KEBANGGAAN NEGERI MELAKA
DUYONG 9 Mac - Nor Komariah Mohd Khalid lourdes Lio, 41, atau lebih popular dengan panggilan Dak Nor kini boleh...
LORI SEDANG DITUNDA TERBALIK DI PENDANG, LORONG PLUS ARAH SELATAN TERHALANG
ALOR SETAR 9 Mac - Trak tunda yang sedang menunda sebuah lori sarat muatan tomato terlibat dalam kemalangan di Kilometer...
BAZAR IKONIK MUDAH DIAKSES, PENUHI CITARASA PENGUNJUNG
BANDA HILIR 9 Mac - Bazar Ikonik Banda Hilir kini menjadi salah satu platform penting bagi mempamerkan dan mempromosikan produk...