Ikhtiar BN akan dilaksanakan segera – Hasni

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

JOHOR BAHRU 13 Mac – Ikhtiar Barisan Nasional (BN) Johor akan dilaksanakan secepat mungkin secara berperingkat kata bakal Besar Johor Datuk Seri Hasni Mohammad.

Hasni berkata bagi merealisasikan semua ikhtiar yang disenaraikan dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN), semua rakyat perlu bersatu menyokong kepimpinannya menerajui Johor Darul Takzim.

“Ikhtiar BN akan dilaksnakan secara berperingkat bermula Belanjawan 2023 dan seterusnya, itu lah komitmen kita.

“Saya ingin mengajak semua rakyat Johor yang menyokong Barisan Nasional (BN) ataupun tidak, marilah bersama saya menjaga dan memakmurkan serta memajukan rumah kita, Johor Darul Takzim,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ketika berucap meraikan kemenangan parti itu di Command Centre BN di Jalan Yahya Awal di sini malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang juga Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Hasni berkata, kemenangan besar yang diperolehi BN adalah kemenangan buat rakyat negeri Johor.

“Hanya Allah S.W.T dapat membalas setiap titik peluh dan amanah besar untuk menerajui negeri.

“Rakyat Johor mahukan kemakmuran, kestabilan politik dan mahu kerajaan responsif dan komited untuk memimpun mereka.

“Hasrat saya dengan mandat ini, kerajaan negeri akan memajukan ekonomi, membela yang lemah dan memperkasa golongan belia serta reinsformasi pentadbiran negara,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1106
Kongsi :
Previous post PRN Johor: BN kekal, Maszlee kecundang di DUN Layang-Layang
Next post BN menang 40 kerusi, lebih dua pertiga majoriti – SPR
Ubah saiz-+=