IKAT tubuhkan Kursi Hang Tuah, bongkar penemuan baharu

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

KUALA LINGGI 27 Julai – Kursi Hang Tuah yang ditubuhkan di bawah Institut Kajian Tuah (IKAT) akan memudahkan kajian terperinci dilaksanakan, sekali gus membongkar sumber baharu berkaitan keperibadian pahlawan itu.

Ketua Penyelidiknya, Prof. Datuk Dr. Taib Dora berkata, inisiatif itu juga mampu menarik lebih ramai pengkaji tempatan dan luar negara dalam melengkapkan kajian dilaksanakan IKAT.

Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL) berkata , penubuhan Kursi Hang Tuah adalah antara tiga fokus penambahbaikan yang dilaksanakan IKAT dalam kajian dijalankan.

“Inisiatif Kursi Hang Tuah ia akan menyediakan dana khas bagi tujuan penyelidikan supaya mampu membiayai pelbagai kajian yang dilaksanakan dan ini akan tarik lebih ramai pengkaji untuk bersama kami menjalankan kajian.

“Yang kedua, kita akan tawarkan pelbagai program pengajian berkaitan penyelidikan Hang Tuah di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.

“Malah kita juga akan berkolaborasi bersama universiti dari dalam dan luar negera seperti dari Pattani, Thailand, Indonesia, Turkiye, India dan sebagainya bagi merealisasi serta menyebarluas penyelidikan Hang Tuah,” katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran Isra Corner, Perasmian Institut Kajian Tuah (IKAT) dan Majlis Menandatangani Surat Niat Bersempena Sambutan Ulang Tajun ke-30 UNIMEL di kampus universiti itu, di sini, semalam

Program diadakan itu telah dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad; Pegawai Kewangan Negeri Melaka, Datuk Salhah Salleh; Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Rosli Abdullah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

442
Kongsi :
Previous post Denggi: 1,386 penduduk dapat notis pembersihan
Next post Kilang Yakult buka lawatan percuma untuk orang ramai
Ubah saiz-+=