Identiti mangsa kemalangan jalan raya di Kajang sudah diketahui
“Bedah siasat kedua-dua mangsa kemalangan (Allahyarham Remyzan dan Suzyla) akan dibuat setelah mendapat keputusan ujian swab COVID-19 di hospital berkenaan.
“Kenderaan mangsa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut, manakala kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, pasangan suami isteri berkenaan dan dua anak mereka cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza dan van di jalan berkenaan.
Dalam kejadian pada kira-kira 4 petang itu, kereta yang dinaiki mereka telah bertembung dengan sebuah van dari arah bertentangan yang hilang kawalan, sebelum merempuh penghadang jalan dan memasuki laluan mereka.
Kemalangan itu, menyebabkan Remyzan dan Suzyla meninggal dunia di tempat kejadian.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.